Saturday, October 26, 2013

Awkward Agama : Apa Yang Fathul Bari Cakap Mestilah Dituruti Dengan Anggukan Semata-Mata



awkward agama apa yang fathul bari cakap mestilah dituruti dengan anggukan semata mata 1


Aku sebenarnya nak sangat tau, kalau ada orang2 yang berani bertanya dengan Fathul Bari, Ulama Muda terkenal Malaysia ni pasal parang terbang 13 Mei 1969.

Beberapa persoalan yang aku rasa elok diajukan adalah ;

1. Apakah boleh kita mempercayai wujudnya parang terbang?

2. Adakah benar dalam Islam, ada ilmu yang mampu menerbangkan sesuatu?

3. Adakah dibolehkan dalam Islam, merasa gembira bila mendapat perkhabaran ada manusia mati kerana parang terbang?

4. Dan akhir sekali, apakah pendapat Saudara Fathul Bari bila penyokong-penyokong semangat Melayu ini mendakwa, Kuasa Allah lah yang telah menerbangkan parang lalu membunuh dan memancung orang2 Cina?

5. Soalan perangkap ; Adakah ada Kuasa Allah yang Allah gunakan untuk benda2 tak elok seperti membunuh, sebab golongan2 ni mati2 percaya itu semua kuasa Allah?

Aku berminat nak tau sebab nampak memang penyokong2 UMNO ni telan sebijik2 apa yang dia cakap, jadi cuba kita tengok macam mana dia ulas isu hangat ni....dalam filem "Tanda Putera" tak ada pulak scene parang terbang. Mungkin bajet tak cukup sebab kalau nak ada parang terbang, kena pakai CGI.

Jom ramai2 post soalan ni dekat wall Facebook dia.

Tengok dia jawab ke tak.

Tweet

No comments:

Post a Comment